Anda di sini

Dua lelaki cuba seludup keluar minyak masak bersubsidi ditahan

Advertisement
 Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.
RAMPAS: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Dua lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 510 bungkus minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran, di kawasan perairan Sungai Sibugal Besar, di sini, semalam.

Rampasan tersebut dilakukan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Gelora Khas kira-kira jam 4.50 petang.  

Ketika kejadian, sepasukan anggota PPM Sandakan yang menjalankan operasi menahan sebuah perahu kayu yang mencurigakan dinaiki dua lelaki.

Hasil pemeriksaan ke atas perahu itu menemukan sejumlah minyak masak di dalam ruangan perahu berkenaan disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

Semua barang rampasan termasuk perahu dan enjin yang dianggarkan bernilai RM22,040 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan dan rampasan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

  • oleh
  • Advertisement