Anda di sini

TMJ mungkin tawar jawatan CEO JDT FC, penasihat orang muda Johor kepada KJ

Advertisement
 

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin.

Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, malam tadi.

Baginda turut memuat naik gambar bersama bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan caption “Future JDT FC CEO and Johor Youth Adviser.

“Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak,” titah baginda dalam hantaran itu.

Sementara itu, Khairy turut membalas hantaran itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar yang sama bersama baginda dengan komen: “One door closes, others will open. Rezeki di tangan Allah.”

Bekas Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada Mei 2013 sehingga Mei 2018. - BERNAMA
 

Advertisement