Anda di sini

Tingkat usaha jamin bekalan makanan di Sabah

Advertisement
 Yong (dua kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji pada majlis berkenaan.
TERIMA KASIH: Yong (dua kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji pada majlis berkenaan.


KOTA KINABALU: Kerajaan perlu meningkatkan usaha bagi menjamin bekalan makanan di Sabah setiasa mencukupi.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, SAPP berpendapat bekalan makanan perlu mencukupi bukan setakat memampankan sektor pertanian dan meningkatkan pengeluaran domestik, tetapi memerlukan lebih banyak usaha jangka panjang untuk Sabah.

"Seperti yang kita sedia maklum, beberapa negara mengalami masalah kekurangan bekalan makanan disebabkan rantaian bekalan terputus serta punca yang lain.

"Berikutan dengan pertumbuhan penduduk dan meningkatnya urbanisasi, Sabah tidak terkecuali akan menghadapi tekanan kepada pengeluaran dan akses bekalan makanan," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SAPP Ke-29 di sini hari ini.

Beliau berkata, Sabah harus mendapatkan kembali hak mengimport dan mengeksport beras, dengan cara itu, rakyat akan mendapat manfaat dengan harga beras sekali gus bekalan dapat distabilkan.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor serta tetamu kehormat yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement