Anda di sini

Robert sampaikan mesin penjana elektrik kepada Jauhin, demi memastikan mesin oksigen dapat dioperasikan

Advertisement
 Fred mewakili Robert menyerahkan mesin penjana elektrik kepada Jauhin bagi memastikan mesin oksigen May Chell boleh beroperasi di rumah.
SAMPAIKAN: Fred mewakili Robert menyerahkan mesin penjana elektrik kepada Jauhin bagi memastikan mesin oksigen May Chell boleh beroperasi di rumah.



KENINGAU: Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh keluarga Jauhin Simbat terhadap keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik yang bermurah hati menyumbangkan mesin penjana elektrik (generator).


Mesin tersebut diserahkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent yang mewakili Robert kepada Jauhin bagi kegunaan anaknya, May Chell Jauhin yang kini bergantung dengan mesin oksigen, yang mana May Chell menghadapi penyakit kanser kronik.

Jauhin memberitahu, mesin penjana elektrik itu amat diperlukan memandangkan pada ketika ini kediaman mereka belum mempunyai sambungan terhadap bekalan elektrik dan situasi itu menyukarkan keperluan anaknya yang bergantung dengan mesin oksigen.


Menyedari tentang situasi itu, Robert menyumbangkan sebuah mesin penjana elektrik bagi memastikan mesin oksigen May Chell boleh beroperasi memandangkan anak Jauhin telah mendapat keizinan kembali semula ke rumah oleh pihak hospital.


Bagi Jauhin yang berasal dari Kampung Ritting Apin-Apin merakamkan berbanyak terima kasih kepada wakil rakyat (Robert) yang peka dan prihatin terhadap keperluan mereka dan meyakini dan berdoa semoga anak mereka dapat kembali sembuh dari penyakit yang diderita oleh May Chell.


"Saya ingin memanjangkan ucapan syukur dan terima kasih saya terhadap wakil rakyat atas keprihatinannya terhadap nasib kami terutama anak saya (May Chell) yang sedang menghadapi penyakit kronik.

"Mudahan dengan sumbangan ini ianya dapat meringankan juga beban keluarga dan juga suntikan semangat kepada kami agar May Chell dapat kembali beransur pulih daripada penyakit yang dideritanya, " katanya.

Advertisement