Anda di sini

Rakyat negara jiran tunjuk minat melancong di Sabah

Advertisement
 Christina (empat kiri), Frankie dan Chua, bersama delegasi SCCC yang lain.
LAWAT: Christina (empat kiri), Frankie dan Chua, bersama delegasi SCCC yang lain.

KOTA KINABALU: Rakyat negara jiran menunjukkan minat terhadap Sabah kerana lokasinya yang strategik untuk pelancongan berasaskan perubatan dan pendidikan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata pemerhatian ini berdasarkan maklum balas daripada Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC).

“Dengan adanya kemudahan perubatan bertaraf dunia di Sabah, sangat berbaloi bagi pengembara dari negara jiran mendapatkan rawatan di sini berbanding ke Semenanjung.

“Kami juga berharap mereka yang berminat untuk meneroka potensi ekonomi Sabah akan merebut peluang pelaburan di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api berkata demikian menerima kunjungan hormat SCCC yang diketuai oleh Presiden Datuk Frankie Liew pada Jumaat.

Menurutnya, beliau bersetuju bekalan elektrik dan air mesti dinaiktaraf bagi mengelak masalah kepada bakal pelabur.

Sementara itu, Frankie berkata, kerajaan negeri perlu mencontohi Sarawak supaya menubuhkan kampus universiti ternama seperti Universiti Curtin dan Universiti Teknologi Swinburne.

Frankie turut menyatakan kebimbangan terhadap kebersihan alam sekitar dan keindahan alam semula jadi yang disebabkan oleh sampah terapung di laut.

  • oleh
  • Advertisement