Anda di sini

Pembiyaan kos perubatan penduduk Ranau diteruskan

Advertisement
 Jonathan (duduk empat kiri) meraikan sambutan itu bersama kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.
MERIAH: Jonathan (duduk empat kiri) meraikan sambutan itu bersama kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.

RANAU: Pembiayaan kos perubatan di hospital kerajaan untuk penduduk di daerah ini akan diteruskan walaupun peruntukan kebajikan dari kerajaan pusat kini dikurangkan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, pembiayaan itu akan diteruskan seperti biasa sebagai perkhidmatan kebajikan tanpa memilih kaum, agama dan fahaman politik.

“Pembiayaan kos perubatan itu adalah janji saya kepada penduduk Ranau semasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

“Saya juga mengharapkan kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau supaya terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada penduduk di sini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, majlis seperti ini mampu memupuk perpaduan serta persaudaraan dalam kalangan kakitangan dan beberapa Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Ranau.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Chong Pehing berkata majlis ini adalah inisiatif bagi menyemarakkan lagi persaudaraan dengan pemimpin.

Katanya, semua perayaan yang disambut di negara ini perlu diraikan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya berterima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement