Anda di sini

Djokovic sekeluarga undang kontroversi di Terbuka Australia ekoran bergambar bersama nasionalis Rusia

Advertisement
Srdjan (kiri) dan isteri, Dijana memberi sokongan kepada Djokovic pada perlawanan Terbuka Australia separuh akhir perseorangan lelaki menentang Andrey Rublev di Melbourne, baru-baru ini. — Gambar AFP
Srdjan (kiri) dan isteri, Dijana memberi sokongan kepada Djokovic pada perlawanan Terbuka Australia separuh akhir perseorangan lelaki menentang Andrey Rublev di Melbourne, baru-baru ini. — Gambar AFP

MELBOURNE: Novak Djokovic dan keluarganya kini dilibatkan secara langsung dalam isu bantahan Rusia yang menggemparkan semasa di Terbuka Australia.

Bapa Djokovic bergambar dengan seorang nasionalis Rusia dan memegang bendera yang mempamerkan wajah Vladimir Putin dan memakai kemeja-T dengan logo Z  yang berkontroversi di Terbuka Australia. 

Duta Ukraine itu telah mengutuk adegan itu yang disifatkannya sebagai “memalukan” di Melbourne Park kelmarin di mana peminat Serbia dan Rusia dilihat bersorak bersama dan memegang bendera.

Pemain dari Rusia dan Belarusia dibenarkan bersaing di sini di bawah bendera neutral tetapi simbol kebangsaan masih dilarang berikutan pencerobohan Ukraine.

Kini imej mengejutkan itu telah muncul di media sosial – dari seorang pengguna yang memanggil dirinya Aussie Cossack – menunjukkan Srdjan Djokovic, bapa juara Terbuka Australia sembilan kali, bersama-sama dengan peminat Rusia. Mereka berkata: “Sejahteralah Russia”.

Keluarga Djokovic tidak pernah jauh daripada kontroversi dan pemain pilihan keempat itu sekali lagi menimbulkan huru-haru semasa kemenangan suku akhir ke atas Andrey Rublev pada malam Rabu. Dia akan bermain dalam separuh akhir menentang Tommy Paul dari Amerika pada hari Jumaat.

Srdjan Djokovic dilihat menyebut: “Sejahteralah rakyat Rusia”.
Gambar juga menunjukkan seorang peminat yang memakai kemeja-T berlogo Z – simbol sokongan ke atas pencerobohan Ukraine – di Arena Rod Laver semasa perlawanan Djokovic-Rublev pada malam Rabu. — AFP 
 

Advertisement