Anda di sini

303 sertai KESURES PMU Fun Run 2023

Advertisement
Royston bersama semua peserta dalam satu sesi fotografi setelah tamat program.
Royston bersama semua peserta dalam satu sesi fotografi setelah tamat program.

MUKAH: Seramai 303  peserta telah menyertai Kelab Sukan Rekreasi Politeknik Mukah (KESURES) Politeknik Mukah (PMU) Fun Run 2023 yang berlangsung di FOYER DSG baru-baru ini.

Acara yang disertai oleh kakitangan PMU itu merupakan anjuran bersama KESURES dan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PMU.

Perasmian acara berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine.

Turut hadir dalam acara dimaksudkan adalah Pengarah PMU Dr Zamzam Mohd Walid.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Zamzam berkata program itu bukan sahaja dapat memupuk budaya hidup sihat tetapi turut dapat mengeratkan silaturahim warga kerja PMU.

"Peserta menyahut cabaran untuk menamatkan larian sejauh 5.3 kilometer," katanya.

Larian bermula di perkarangan parkir PMU menuju ke persimpangan pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seterusnya tamat di Dewan Serbaguna.

Beliau juga menjelaskan KESURES tujuannya ditubuhkan adalah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti sukan sosial kepada ahli-ahlinya.

Aktiviti dianjurkan bukan berbentuk sukan semata-mata  malah juga pelbagai bentuk aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Dr Zamzam menyeru agar sesiapa kakitangan PMU  belum mendaftar sebagai ahli untuk berbuat segera demikian agar kelab  dapat mencapai pendaftaran penuh keahlian menjelang pertengahan tahun ini. 

Katanya banyak program yang telah dirancang oleh pihak KESURES untuk tahun ini.

Ini termasuklah Liga Penalti PMU pada 15 dan 16 Februari, Liga Petanque PMU  pada 8 Mac 2023 dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 17 Mac.

Sementara itu, turut dalam perancangan adalah Inter-Dept Volleyball Competition pada 17 dan 18 Jun, Hari Jalinan Kasih pada 13 Julai dan Kejohanan Badminton Inter-Dept 2023 pada 15 hingga 17 Ogos serta banyak lagi aktiviti akan dilaksanakan.

Royston pula dalam ucapan perasmiannya berkata, dengan adanya KESURES ini,  ia akan menjadi satu platform terbaik untuk semua kakitangan PMU bersosial dan juga terlibat dalam aktiviti sihat.

Beliau pada masa sama menyatakan keinginan untuk menyertai aktiviti bersama kakitangan Pusat Khidmat ADUN Tellian pada masa akan datang. 

Awal acara, sebelum Fun Run 2023 dimulakan, semua peserta turut serta dalam senaman Zumba.

Royston pada majlis sama turut berkesemempatan menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada KESURES.

Hadir  sama Timbalan Pengarah Akademik Iskandar Reduan, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) merangkap Penasihat KESURES Awang Annuar Awang Mansor dan Presiden KESURES Mohd Fadzli Ahmad.
 

  • oleh
  • Advertisement