Anda di sini

Toh Puan Ragad santuni anak yatim, golongan kurang berkemampuan sempena TBC

Advertisement
Toh Puah Ragad bergambar bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menyampaikan sumbangan dalam Majlis Jalinan Kasih semalam.
Toh Puah Ragad bergambar bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menyampaikan sumbangan dalam Majlis Jalinan Kasih semalam.

MIRI: Seperti kelazimannya setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), golongan kurang kemampuan tidak dilupakan apabila mereka disantuni isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Pada Majlis Jalinan Kasih yang diadakan di Hotel Marriot dan Spa Miri, Toh Puan Ragad menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada 100 penerima.

Untuk rekod, Majlis Jalinan Kasih Tahun Baharu Cina ini merupakan hasil idea Toh Puan Ragad yang bergiat secara aktif dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 

Sumbangan berkenaan sekali gus menceriakan penerima terdiri daripada anak-anak yatim seterusnya mengurangkan beban mereka.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan isteri Menteri Pengangkutan Sarawak Datin Sri Kong Shui Lin. 

Advertisement