Anda di sini

Tiga lelaki didenda gara-gara berjudi di tempat awam

Advertisement
 

MIRI: Padah bermain judi di tempat awam, tiga lelaki masing-masing didenda RM2,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
    
Liew Kung Vui, 37, dari Jalan Kuching-Serian; Benard Christopher Kapok, 50, dari Sarikei dan Azim Zuefayrie Abdullah, 46, dari Long Bediam, Baram, telah didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).
    
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, ketiga-tiga tertuduh didapati telah bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.
    
Pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit mereka juga mendapati ia ada memaparkan aplikasi judi dalam talian.
    
Liew didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.25 petang di tepi Jalan Raja di sini dan Benard melakukan kesalahan itu pada jam 4.35 petang, 21 Januari 2023 di sebuah meja di hadapan sebuah lot di Pusat Komersil Pelita di sini manakala Azim didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 8 Januari lalu di tepi Jalan Lusut 5A, Lambir di sini.
    
Pertuduhan kes telah dibacakan secara berasingan kepada ketiga-tiga tertuduh.
    
Pendakwaan bagi ketiga-tiga kes itu dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.
 

Advertisement