Anda di sini

Sukan air, aktiviti memancing kelebihan Balingian

Advertisement
Abdul Yakub ketika memulakan pelepasan salah satu acara yang dipertandingkan pada Regata Mini Kampung Lintang, Balingian baru-baru ini.
Abdul Yakub ketika memulakan pelepasan salah satu acara yang dipertandingkan pada Regata Mini Kampung Lintang, Balingian baru-baru ini.

MUKAH: Kawasan Balingian mempunyai kelebihan yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, sukan berasaskan air dan kawasan memancing merupakan salah satu daripada tarikannya.

"Kita ada kelebihan sukan sungai dan juga salah satu kawasan memancing terbaik, guna kelebihan ini," katanya ketika Majlis Perasmian Regata Mini Kampung Lintang, Balingian baru-baru ini.

Pesta seumpama itu katanya, walaupun dianjurkan pada skala kecil namun mampu mengetengahkan keunikan kawasan itu kepada orang luar.

"Sambutan hangat daripada penduduk sekitar terhadap penganjuran keramaian seperti ini juga membawa menfaat terhadap ekonomi tempatan.

"Selain itu, semangat setia kawan terutama dalam kalangan belia seperti Balingian Brotherhood semakin erat melalui program seumpama itu," jelas beliau.

Sebagai wakil rakyat, Abdul Yakub sangat menggalak dan memberi sepenuh sokongan untuk penganjuran aktiviti seperti itu.

Beberapa acara sukan air dipertandingkan pada regata mini tersebut, antaranya lumba kayuhan perahu dan bot laju yang terbahagi kepada banyak kategori.

Advertisement