Anda di sini

Soon Koh santuni mangsa kebakaran Sungai Bidut

Advertisement
Wong (empat kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran pada Selasa.
Wong (empat kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran pada Selasa.

SIBU: Kebakaran membabitkan satu blok rumah berkembar dua tingkat di Jalan Yun Chai Lok, Sungai Bidut pada hari pertama sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh.

Pada Selasa, Wong yang juga Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) telah melawat keluarga mangsa terjejas untuk menyerahkan sumbangan.

Turut hadir bersama Wong ialah beberapa pemimpin PSB.

Pada Ahad, kejadian kebakaran tersebut telah menyebabkan rumah pertama terbakar 90 peratus manakala rumah kedua terbakar 60 peratus.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelaamt Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dan operasi memadamkan api kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.56 petang.

Sebuah kenderaan turut terbakar 100 peratus bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas kesemua penghuni berjaya keluar rumah dengan selamat. 

Advertisement