Anda di sini

Sembilan anggota terlibat Ops Payung di Saratok

Advertisement
Anggota polis IPD Saratok melakukan pemeriksaan terhadap para pengguna jalan raya di daerah Saratok.
Anggota polis IPD Saratok melakukan pemeriksaan terhadap para pengguna jalan raya di daerah Saratok.

SARATOK: Seramai sembilan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Saratok dan Unit Peronda (MPV) telah terlibat dalam Ops Payung sejak 18 Januari lalu.

Operasi ini dijalankan sepanjang Ops Selamat 19 sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 yang berakhir pada 27 Januari ini.

Objektif utama Ops Payung ini dilancarkan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan memantau aliran trafik bagi memastikan lalu lintas sentiasa bergerak lancar.

Pada masa yang sama, pihak polis turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Pengguna jalan raya juga diingatkan agar sentiasa peka dengan keadaan fizikal jalan raya memandangkan terdapat kawasan jalan raya Pan Borneo masih dalam pembinaan.

Ops Payung diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Saratok Inspektor Royston Ubak.

Advertisement