Anda di sini

Lepasan pelatih GiatMara Keningau lanjut pelajaran ke IKM Sungai Petani

Advertisement
 Jamidol (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tiga daripada pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM Sungai Petani.
KENANGAN: Jamidol (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tiga daripada pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM Sungai Petani.

KENINGAU: Lepasan pelatih GiatMara Keningau berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani Kedah.

Pengurus GiatMara Keningau Jamidol Alip berkata lima daripada pelatih terbabit akan melanjutkan pelajaran bagi SKM Tahap Empat bagi Diploma Kemahiran Malaysia.

“Seorang lagi akan melanjutkan pelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading Johor dalam bidang Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan.

“Kesemua mereka akan menjalani tempoh pengajian selama dua tahun,” katanya.

Jamidol berkata sepanjang berkursus di GiatMara, pihaknya sentiasa memastikan pelatih diberikan dorongan serta motivasi yang bersesuaian dengan bidang diceburi.

“Pihak pengurusan GiatMara Keningau berharap agar pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke satu tahap yang lebih tinggi ini mampu menjadi contoh kepada masyarakat apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

Sementara itu salah seorang pelatih yang ditemui Mohamad Asymawi Razley berkata beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak GiatMara kerana memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke IKM dalam bidang Diploma Pengeluaran Perabot.

Katanya beliau juga bersyukur dan akan memanfaatkan sumbangan kewangan serta kata-kata semangat yang diberikan.

“Saya akan menjadikan ianya sebagai bekalan motivasi diri sepanjang melanjutkan pelajaran ke IKM dalam bidang Diploma Pengeluaran Perabot nanti,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement