Anda di sini

Hospital Pakar KPJ Sabah sambut dua bayi Tahun Baharu Cina

Advertisement
 Lim (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ammy dan bayi yang dilahirkan pada Tahun Baharu Cina.
CENDERAHATI: Lim (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ammy dan bayi yang dilahirkan pada Tahun Baharu Cina.

KOTA KINABALU: Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Hospital Pakar KPJ Sabah di sini menyambut dua kelahiran bayi lelaki pada 23 Januari lepas.

Kedua-dua bayi Tahun Baharu Cina itu selamat dilahirkan masing-masing pada jam 1.56 petang dan 2.10 petang. 

Bayi pertama dilahirkan oleh Ammy Mei Yee Pime Foo dengan berat 3.195 kilogram dan bayi kedua dilahirkan oleh Fatin Liyana Hossin dengan berat 3.53 kilogram.

 Norafidah (dua kiri) meluangkan masa menyampaikan cenderahati kepada Fatin dan bayi yang baharu dilahirkan.
SELAMAT: Norafidah (dua kiri) meluangkan masa menyampaikan cenderahati kepada Fatin dan bayi yang baharu dilahirkan.

Pihak KPJ Sabah turut menghadiahkan cenderahati kepada kedua-dua bayi berkenaan sebagai tradisi menyambut bayi yang lahir pada musim perayaan.

Pakar Perunding Obstetrician & Gynaecologist Hospital Pakar KPJ Sabah Dr. Lim Keok Tang dan Dr. Norafidah Ahmad meluangkan masa menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua bayi berkenaan.
 

Advertisement