Anda di sini

46 JKKK, PIBG di Selangau terima geran MRP RM260,000

Advertisement
Dr Nuing (tiga kiri) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima.
Dr Nuing (tiga kiri) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima.

BINTULU: Sebanyak 46 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta lima Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Selangau telah menerima geran bantuan projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM260,000 pada majlis ringkas di Dewan Serba Guna Sungai Bawang, Selangau, kelmarin.

Penyerahan cek disempurnakan Senator Dato Dr Nuing Jeluing mewakili Pejabat Premier Sarawak.

Berucap pada majlis tersebut beliau berkata, penerima terdiri daripada penduduk dari kawasan Sungai Arip, Sungai Tau, Sungai Bawang dan Sungai Pelugau. 

"Acara penyerahan MRP yang seterusnya akan diadakan bagi kawasan Tatau dan Lubok Bukut, Mukah pada Februari depan," ujarnya.

Peruntukan MRP yang diberikan ini akan membolehkan penerima menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun yang mendatangkan manfaat kepada semua penduduk dan komuniti setempat.

Katanya, Selangau terutama kawasan Sungai Kemena, Sungai Arip, Sungai Tau dan Sungai Bawang sememangnya kawasan yang pesat membangun dan wajar dibangunkan menjadi sebuah lagi daerah lecil.

"Adalah menjadi harapan semua agar rancangan bagi mewujudkan daerah kecil Sungai Arip akan menjadi kenyataan bagi membolehkan pembangunan yang lebih konstruktif di kawasan berkenaan," ujarnya.

Dalam ucapan terdahulu, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan kawasan rawat dan rehat (R&R) atau perbandaran baharu di Sungai Ari yang mana kerja-kerja pembersihan tanah sedang dilaksanakan.

Beliau berkata, penyerahan MRP kali ini menjadi sejarah buat penduduk di kawasan Selangau kerana dewan tersebut baru sahaja siap hasil projek Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dengan kos RM700,000.

Penghulu Lasit Bajieng dan Penghulu Jefferry Irut antara yang hadir.

Advertisement