Anda di sini

Masyarakat penyayang di Sarawak diharap terus membantu golongan memerlukan: Wee

Advertisement
Wee ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2023 di Dewan Masyarakat MBKS di sini pada Isnin.
Wee ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 di Dewan Masyarakat MBKS di sini pada Isnin.

KUCHING: Sarawak meraikan perpaduan dalam kepelbagaian serta keharmonian kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

Malah, Sarawak dalam tempoh dua tahun sepanjang tempoh pandemik turut mempunyai masyarakat yang penyayang.

Ini termasuk banyak syarikat swasta yang turut melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menderma wang dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Jadi kami berharap rakyat Sarawak dapat meneruskan semangat ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Ini bukan soal berapa banyak yang anda dapat berikan kepada mereka, tetapi apa sahaja yang anda boleh sumbangkan, sila sumbangkan.

"Dalam negara maju, kita bukan sahaja memerlukan perniagaan dan semua itu, kita memerlukan rakyat untuk mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Isnin.  

Pihaknya turut mensasarkan sekitar 5,000 orang pengunjung yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang bangsa dan agama sehingga jam 3 petang hari ini.

Beliau juga meluahkan rasa gembira bahawa rakyat masih lagi mengamalkan pemakaian pelitup muka demi menjaga keselamatan kesihatan masing-masing daripada COVID-19.

Rumah terbuka itu turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan banyak lagi.

  • oleh
  • Advertisement