Anda di sini

Piala Teluk: 1 maut, 12 cedera rempuhan di luar stadium Iraq

Advertisement
Anggota keselamatan stadium mengusung keluar mangsa rempuhan Stadium Antarabangsa Basra dalam kejadian yang berlaku beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk di Basra, kelmarin. — Gambar AFP
Anggota keselamatan stadium mengusung keluar mangsa rempuhan Stadium Antarabangsa Basra dalam kejadian yang berlaku beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk di Basra, kelmarin. — Gambar AFP

BASRA, Iraq: Seorang terkorban  dan 12 orang tercedera pada Khamis ketika satu rempuhan berlaku  di luar sebuah stadium bola sepak di Iraq beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk, menurut pihak berkuasa.

Telah lama diharamkan dari menganjurkan perlawanan bola sepak antarabangsa, Iraq yang dilanda peperangan telah berharap kepada Piala Teluk bagi menggilap imejnya, namun ia telah terpaksa memohon maaf bagi kekurangan dalam pengurusan.

Ribuan orang peminat, ramai yang tanpa tiket, telah berkumpul di luar stadium di bandar selatan utara Basra di Iraq sejak awal pagi dengan harapan akan menyaksikan pertandingan akhir di antara Iraq dan Oman, yang dijangka akan bermula pada jam 7:00 petang waktu tempatan.

“Terdapat satu kematian dan beberapa kecederaan ringan,” menurut seorang medik.

Seorang pegawai kementerian dalam negara  memberikan angka yang sama. “Beberapa peminat, ramai dari mereka tidak mempunyai tiket, telah berkumpul sejak lampu pertama untuk cuba masuk ke dalam,” kata pegawai itu.

Seorang jurugambar AFP di dalam stadium menyatakan  pintu putar masih tertutup ketika rempuhan berlaku, bunyi siren kedengaran ketika ambulans  tiba untuk membawa mangsa yang tercedera ke hospital.

Gambar yang dipaparkan di media sosial menunjukkan lautan orang  di luar stadium.

Perdana Menteri  Mohammed Shia al-Sudani mempengerusikan satu mesyuarat dengan menteri- menteri  kanan dan gabenor Basra bagi membincangkan  “langkah -langkah khas untuk perlawanan akhir Piala Teluk,” menurut pihak pejabatnya.

Beliau menuju ke Basra bagi mengawasi situasi di kawasan kejadian, tambahnya.

Pihak tentera  menyeru kepada para peminat agar mematuhi arahan dari kakitangan pasukan keselamatan  mengenai akses ke dalam stadium bagi membolehkan  perlawanan itu “dilangsungkan dengan cara yang bertamadun yang memberikan penghormatan kepada Iraq”.

Iraq telah menjadi  tempat kejadian bagi rempuhan berdarah pada masa lepas, yang terkini di Karbala semasa peringatan Ashura pada 2019, menyebabkan 31 orang meninggal dunia.

Bola sepak  merupakan sukan yang mempunyai  tontonan paling besar di Iraq dan  peluang yang jarang  untuk melihat perlawanan antarabangsa di negara  sendiri telah menarik ribuan peminat.

Perlawanan turut menarik ribuan peminat asing yang merentasi dari negara jiran Kuwait bagi menyaksikan perlawanan di Basra, lebih kurang dari 50  kilometer dari sempadan.

 Piala Teluk telah melibatkan  pasukan dari Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman termasuk Iraq.

Tahun ini merupakan edisi yang ke-25, nya namun ia merupakan kali pertama Iraq telah menganjurkannya sejak 1979, tahun yang sama ketika Saddam Hussein memegang kuasa.

Penaklukan Saddam pada 1990 ke atas Kuwait mencetuskan satu pengharaman terhadap Iraq oleh badan pengurusan bola sepak dunia  FIFA.

Pengharaman lain diikuti secara berperingkat kemudian sehingga awal tahun lepas  disebabkan  oleh peperangan dan ketidakstabilan Iraq selama beberapa tahun.

Namun di sebalik kesungguhan Iraq untuk membuktikan ia boleh menganjurkan dengan selamat acara sukan antarabangsa, pertandingan telah  dibelenggu oleh masalah lojistik  yang melihat para peminat dengan tiket termasuk  wartawan bertauliah ditolak.

Iraq telah terpaksa memohon maaf kepada negara jirannya Kuwait selepas satu pergaduhan di bahagian VIP menghalang wakil pemimpinnya dari menghadiri acara perasmian. — AFP
 

Advertisement