Anda di sini

15 terbunuh dalam kebakaran berek tentera di Armenia

Advertisement
Kelihatan sebuah berek tentera musnah dalam kebakaran di perkampungan Azat, kira-kira 170 kilometer dari timur Yerevan, kelmarin.— Gambar AFP
Kelihatan sebuah berek tentera musnah dalam kebakaran di perkampungan Azat, kira-kira 170 kilometer dari timur Yerevan, kelmarin.— Gambar AFP

YEREVAN, Armenia: Satu kebakaran mengorbanlan 15 orang anggota tentera dan mengakibatkan tiga orang lagi mengalami kecederaan serius di Armenia pada Khamis selepas memusnahkan sebuah berek tentera semalaman, menurut pihak kementerian pertahanan.

 Kebakaran “berlaku di berek seorang jurutera dan kumpulan penembak tepat bagi sebuah unit tentera,” menurut kementerian tersebut.

“Seramai 15 orang anggota tentera telah terkorban akibat kejadian … Keadaan  tiga orang anggota lain  dinilaikan sebagai serius.”

Ia menyatakan kebakaran bermula pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan pada Khamis di berek di Azat, sebuah kampung di wilayah timur Gegharkunik, berhampiran sempadan dengan Azerbaijan. 

Insiden itu merupakan “satu kesan dari pelanggaran peraturan keselamatan  kebakaran, ketika  bahan terlarang telah digunakan”, Menteri Pertahanan Suren Papikyan memberitahu dalam satu mesyuarat kabinet, memetik kepada maklumat awal.

“Kami sedang menyebut  tentang gasoline,” kata beliau. 

Papikyan memecat seorang komander pasukan tentera dan beberapa orang pegawai kanan lain melibatkan insiden itu.

Pihak penyiasat menyatakan satu siasatan jenayah sedang dilakukan  mengenai pelanggaran  tahap keselamatan.

Pada Ogos 2022, lebih dari 12 orang telah terkorban dalam satu letupan dan kemudian kebakaran di sebuah pasar sibuk di bandar utama Yerevan di Armenia.

Negara Caucasian yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk masih beransur pulih dari satu peperangan pada 2020 dengan  Azerbaijan,  yang tamat dengan satu kekalahan besar serta mencetuskan satu krisis politik.

Meskipun  berakhirnya  pertempuran berskala besar, ketegangan masih terus  berlaku di antara bekas negara musuh Soviet di kawasan sempadan mereka.

Pada Khamis, kementerian pertahanan Armenia menyatakan salah seorang dari anggotanya telah tercedera akibat tembakan Azerbaijani dan berada dalam keadaan  “serius.”

Dalam satu komen kepada media tempatan, kementerian pertahanan Azerbaijan menolak bahawa anggota tenteranya telah melepaskan tembakan.

Kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai melanggar satu perjanjian rapuh yang dimeterai di bawah rundingan Rusia bagi menamatkan pertempuran pada 2020. — AFP
 

Advertisement