Anda di sini

PETRONAS santuni kanak-kanak dua rumah kebajikan di Bintulu

Advertisement
Johnny (tengah) bersama pegawai dan kakitangan syarikat PETRONAS serta pengendali pusat Methodist Children Home Bintulu merakamkan gambar kenangan bersama beberapa barangan yang disumbangkan.
Johnny (tengah) bersama pegawai dan kakitangan syarikat PETRONAS serta pengendali pusat Methodist Children Home Bintulu merakamkan gambar kenangan bersama beberapa barangan yang disumbangkan.

BINTULU: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) telah menyumbang beberapa barangan keperluan asas termasuk angpau sempena Tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak di Methodist Children Home Bintulu dan Salvation Army Bintulu Corps hari ini.

Johnny (tengah) menyampaikan sumbangan angpau dan cenderahati daripada PETRONAS kepada seorang kanak-kanak di Salvation Army Bintulu Corps.
Johnny (tengah) menyampaikan sumbangan angpau dan cenderahati daripada PETRONAS kepada seorang kanak-kanak di Salvation Army Bintulu Corps.

Sumbangan di bawah Program PETRONAS Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang.

Penyampaian sumbangan itu turut disaksikan oleh pegawai-pegawai PETRONAS serta pengurusan pusat penjagaan kanak-kanak terbabit.

Johnny (kiri) menyampaikan sumbangan angpau kepada kanak-kanak di Salvation Army Bintulu Corps.
Johnny (kiri) menyampaikan sumbangan angpau kepada kanak-kanak di Salvation Army Bintulu Corps.

Antara yang disumbangkan adalah barangan keperluan asas seperti beras, beberapa kotak limau, makanan segera, cenderahati, angpau dan beberapa barang lain dengan tujuan menceriakan kanak-kanak dan pengendali pusat tersebut sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Ia juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit untuk menceriakan kanak-kanak dari golongan yang memerlukan dan pengendali pusat kebajikan tersebut.

Kanak-kanak dan kakitangan di Salvation Army Bintulu Corps ceria selepas menerima sumbangan angpau daripada PETRONAS.
Kanak-kanak dan kakitangan di Salvation Army Bintulu Corps ceria selepas menerima sumbangan angpau daripada PETRONAS.
  • oleh
  • Advertisement