Anda di sini

Lelaki salah guna dadah didenda, jalani pengawasan dua tahun

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya menjalani pengawasan oleh pihak polis selama tempoh dua tahun.

Mohammad Arafiq Sham, 29, dari Kampung Pujut di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 pagi, 4 Februari 2022 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.

  • oleh
  • Advertisement