Anda di sini

Dua maut diserang beruang kutub di Alaska

Advertisement
Gambar fail 1 Januari, 1985 serahan Polar Bears International pada 17 Julai, 2020 menunjukkan seekor beruang kutub bersama anak-anaknya di timur laut Teluk Prudhoe di Alaska. - Gambar AFP
Gambar fail 1 Januari, 1985 serahan Polar Bears International pada 17 Julai, 2020 menunjukkan seekor beruang kutub bersama anak-anaknya di timur laut Teluk Prudhoe di Alaska. - Gambar AFP

LOS ANGELES: Seekor beruang kutub yang mengamuk telah membunuh seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah kawasan terpencil di Alaska, menurut polis, dalam serangan yang jarang berlaku ke atas manusia. 

Beruang itu kemudian ditembak dan dibunuh seorang penduduk di komuniti kecil Wales, di pantai barat Alaska.

"Laporan awal menunjukkan seekor beruang kutub telah memasuki kawasan kejiranan dan mengejar beberapa penduduk," kata polis dalam satu kenyataan mengenai serangan pada Selasa lalu.

"Beruang itu menyerang dan membunuh seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki sebelum ia ditembak dan dibunuh penduduk tempatan ketika menyerang kedua-dua mangsa," kata polis, sambil menambah bahawa tentera negeri dan pihak berkuasa Jabatan Ikan dan Hidupan Liar akan pergi ke bandar itu apabila keadaan cuaca mengizinkan.

Identiti mangsa tidak didedahkan kepada umum sementara pihak berkuasa cuba memaklumkan kepada keluarga mereka.

Serangan beruang kutub sangat jarang berlaku, dengan laporan media tempatan menyatakan serangan maut terkini antara beruang manusia dan kutub di Alaska adalah pada 1990.

Menurut NGO Kanada Polar Bears International, hanya 20 orang di seluruh dunia telah dilaporkan dibunuh oleh beruang kutub antara tahun 1870 dan 2014, namun kekerapan serangan semakin meningkat.

Wales, perkampungan yang mempunyai kira-kira 150 orang di Selat Bering yang memisahkan Amerika Syarikat (AS) dari wilayah Rusia, adalah sebahagian daripada Majlis Pengurusan Bersama Alaska Nannut, sekumpulan komuniti Orang Asli yang secara tradisinya memburu beruang kutub untuk sara hidup.

Beruang gergasi itu di mana yang jantan boleh membesar sehingga 680 kilogram, menghadapi ancaman yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, dengan habitat ais laut Artik mereka lenyap apabila kutub utara memanas empat kali lebih cepat berbanding kawasan lain seluruh dunia.

Beruang itu yang mana populasinya menurun, bergantung kepada ais untuk memburu anjing laut dan untuk pergerakan dan pembiakan. – AFP
 

Advertisement