Anda di sini

Dr Jeffrey sampaikan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina 2023

Advertisement
 Clement (kiri) yang mewakili Dr Jeffrey sumbangan limau mandarin kepada Kapitan Anthony (tengah).
SAMPAIKAN: Clement (kiri) yang mewakili Dr Jeffrey sumbangan limau mandarin kepada Kapitan Anthony (tengah).



KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyampaikan sumbangan limau Mandarin kepada Ketua Masyarakat Cina (KMC) yang kemudian dikongsikan kepada penduduk dan masyarakat Cina di sekitar kawasan Keningau.


Sumbangan Ahli Parlimen Keningau itu disampaikan Pegawai Perhubungan Masyarakat Tiong Hua Parlimen Keningau Clement Liew kepada KMC kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan dan DUN Bingkor.


Bagi kawasan DUN Liawan sumbangan tersebut diserahkan kepada Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan Kapitan Cleyrance Lee Chen Peng yang menerima 50 kotak limau manakala untuk DUN Bingkor menerima 30 kotak limau yang diterima oleh Kapitan Frankie Fong Fui Min dan Kapitan Yong Wing On.


Turut menerima  sumbangan Dr Jeffrey iaitu 15 kotak limau ialah Persatuan Hokkien Keningau.


Semua wakil penerima merakamkan penghargaan kepada Dr Jeffrey atas ingatan tulus ikhlas sempena Tahun Baharu Cina 2023, dengan harapan semoga sambutan perayaan yang diraikan dapat mengukuhkan lagi silaturahim sesama masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement