Anda di sini

Sabah ikut SOP pelancongan kerajaan pusat

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Sabah akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan pusat bagi pelancong yang memasuki Sabah berkuatkuasa pada Rabu lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Sabah akan mengetepikan syarat sijil vaksinasi, manakala saringan ujian COVID-19 juga tidak diperlukan bagi pelancongan yang memasuki negeri ini.

“Keputusan itu diguna pakai kepada semua pengembara domestik dan luar negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini baru-baru ini.

Katanya, bermula 1 Ogos tahun lalu, semua pengembara dibenarkan memasuki negara tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Kita juga tidak memerlukan ujian COVID-19 semasa ketibaan mereka, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan pusat,” katanya.

Christina juga menjelaskan bahawa kabinet turut meluluskan penubuhan Biro Konvensyen Sabah merangkumi visi, fungsi dan perkhidmatan yang dicadangkan.

“Visinya adalah bagi memastikan Sabah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai salah satu bandar terbaik dunia dalam menganjurkan acara perniagaan.

“Selain itu, menjadikan Sabah sebagai destinasi perniagaan yang dinamik di mana manusia, teknologi dan idea berkumpul untuk mencipta nilai yang hebat untuk pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, biro itu juga akan berfungsi untuk memberi maklumat, bantuan dan sebagai penasihat mengenai semua aspek penganjuran yang diadakan.

  • oleh
  • Advertisement