Anda di sini

Cadangan buka Bank Rakyat di Pitas sangat mustahak

Advertisement
 Ewon (tiga kiri) bergambar bersama Verdon (dua kiri) ketika pertemuan itu.
PERTEMUAN: Ewon (tiga kiri) bergambar bersama Verdon (dua kiri) ketika pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Cadangan untuk membuka cawangan Bank Rakyat di daerah Pitas disifatkan sebagai satu keperluan mustahak bagi memudahkan penduduk di daerah berkenaan.

Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda membincangkan mengenai cadangan itu bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick di sini semalam.

Menurutnya, keperluan pembukaan bank sangat mustahak kerana pekan Pitas tidak mempunyai sebarang perkhidmatan bank sehingga hari ini.

Katanya, sekali gus menyukarkan penduduk di daerah itu yang terpaksa berurusan di pekan Kota Marudu untuk mendapatkan perkhidmatan bank.

Dalam pada itu, Ewon menyatakan kesediaan mempertimbangkan keperluan berkenaan dengan mengambil kira ketersediaan bangunan yang bersesuaian untuk digunakan dan juga capaian perkhidmatan oleh Bank Rakyat.

Bank Rakyat adalah satu daripada 10 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Sementara itu, Verdon turut membangkitkan keperluan menaik taraf kawasan tamu penjaja dan peniaga kecil di pekan Kanibongan, Pitas, Kudat dan Banggi serta pembangunan keusahawanan dan koperasi di Parlimen Kudat.

Dalam pertemuan itu, Ewon mengulangi komitmennya agar kementerian dan agensi-agensi kementerian memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil terutamanya di daerah-daerah luar bandar di seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak.
 

  • oleh
  • Advertisement