Anda di sini

Persembahan bertenaga, mengujakan Bunkface gegar Bintulu 

Advertisement
Sam mampamerkan semangat dengan gaya persembahan tersendiri di hadapan peminat di Bintulu. -Gambar ihsan Blackbox Studio Bintulu dan Awangku Sufrie
Sam mampamerkan semangat dengan gaya persembahan tersendiri di hadapan peminat di Bintulu. -Gambar ihsan Blackbox Studio Bintulu dan Awangku Sufrie

BINTULU: Sememangnya persembahan bertenaga dan mengujakan disajikan kumpulan punk rock popular Bunkface menggegarkan Pentas Karnival Kira Detik Tahun Baharu 2023 di sini pada malam 31 Disember 2022 lalu.

Sukar digambarkan tetapi malam dingin dalam cuaca hujan semasa menunggu detik 12 malam bagi pertukaran tahun baharu 2023 dapat dirasai namun Bunkface membawa kehangatan apabila muncul secara 'live' dalam persembahan di hadapan peminatnya.

Keterujaan berterusan dapat disaksikan apabila pengunjung khususnya peminat digelar sebagai 'Bunkers' tidak senang duduk berhibur bersama sambil ada merakamkan gambar melalui telefon bimbit masing-masing. 

Hakikatnya, pengunjung terhibur menyanyi bersama apabila mendengar vokalisnya, Sam Bunkface melantunkan empat lagu popular daripada kumpulan itu, antaranya Malam Ini Kita Punya, Revolusi dan dua lagu lain.

Persembahan Bunkface tidak hanya digegarkan dengan kekuatan lontaran vokal Sam sambil seiring petikan gitar memukau kumpulan itu, malah turut dimantapkan dengan mainan gitar lebih garang bersama petikan padu serta pukulan dram bertenaga oleh tiga anggotanya.

Sokongan mantap daripada peminat terhadap kumpulan Bunkface. -Gambar ihsan Blackbox Studio Bintulu dan Awangku Sufrie
Sokongan mantap daripada peminat terhadap kumpulan Bunkface. -Gambar ihsan Blackbox Studio Bintulu dan Awangku Sufrie

Bunkface muncul pada persembahan terakhir dalam acara kemuncak karnival itu sebelum bermula kiraan detik 12 tengah malam bagi pertukaran tahun baharu 2022 kepada 2023.

Bunkface merupakan kumpulan muzik punk rock Malaysia diasaskan di Klang, Selangor pada 2005, dibarisi penyanyi utama dan pemain gitar Sam (Shamsul Annuar Muhammad Baharom), pemain gitar bass serta penyanyi latar Youk (Muhammad Farouk Jaafar), pemain gitar utama Pa'an (Ahmad Farhan) dan pemain dram, Biak (Alif Sufian).

Bunkface mula mencapai populariti melalui 'EP Lesson of the Season' mereka iaitu Silly Lily dan Situasi. 

Kumpulan ini cukup popular dengan lagu hits mereka Situasi, Revolusi dan Silly Lily.

Beberapa lagu hit lain turut menjadi kegilaan peminat terhadap kumpulan itu ialah Malam Ini Kita Punya, Kita Punya Malaysia, Darah Muda, Rentak Laguku, Korang dan beberapa lagu popular lain.

Terdahulu, artis-artis lain turut memeriahkan acara pada malam itu ialah Dj Miho, Mob Entertainment, Jeryl Lee, Firdhaus dan Alex and Corn Jukebox.

Karnival itu adalah anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tanjung Batu, Jepak, Kemena dan Samalaju dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Persekutuan Persatuan Clan Bintulu bermula malam 29, 30 dan 31 Disember 2022.

Program bermula jam 7 hingga 11 malam dengan acara kemuncak dimeriahkan pertunjukan bunga api pada tengah malam 31 Disember 2022 sempena sambutan Tahun Baharu 2023.

Sambutan ambang tahun baharu itu dihadiri dan dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing serta kenamaan lain.
 

  • oleh
  • Advertisement