Anda di sini

2023: Sambutan Hari Sarawak diawalkan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-60 

Advertisement
Abang Johari tiba di Stadium Perpaduan sambil diiringi Abdul Karim bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023. -Gambar Chimon Upon
Abang Johari tiba di Stadium Perpaduan sambil diiringi Abdul Karim bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023. -Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak yang akan diadakan tahun ini bakal berlangsung lebih awal daripada tarikh rasmi, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, ia bertujuan bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Sarawak untuk merasai kemeriahan dan menjiwai makna hari perayaan terbabit.

Katanya, tarikh rasmi ulang tahun kemerdekaan Sarawak jatuh pada 22 Julai, namun sambutan dan perayaan peristiwa ini akan berlangsung lebih awal.

"Sebagai rakyat Sarawak, kita harus melihat sambutan ulang tahun ini sebagai landasan terbaik dalam menyemai semangat patriotik dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Bumi Kenyalang.

"Dengan kerjasama kementerian saya dan kerajaan negeri, sambutan dan perayaan yang dirancang menjadikan tahun 2023 lebih meriah dan bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023, di Stadium Perpaduan, di sini pada malam Sabtu.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir pada sambutan itu Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta ahli kehormat yang lain.

Mengenai sambutan ambang tahun baharu itu, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata bahawa ia adalah untuk rakyat di Sarawak.

"Majlis sambutan yang diadakan ditujukan khas kepada rakyat Sarawak yang sentiasa sabar dan tabah dalam mendokong cita-cita murni Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sedia ada.

"Sepanjang 2023, orang ramai di setiap pelusuk negeri ini memberi sokongan padu kepada usaha dan inisiatif pembangunan Kerajaan Sarawak," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement