Anda di sini

Awang Faiz Ashraf juara Dataran Superstar, gondol Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik

Advertisement
 Faiz (tengah) serta para peserta peringkat akhir Dataran Superstar 2022 merakam kenangan bersama Syamsul (empat kiri), Andenson (enam kiri), Ajai (enam kanan), Bob (empat kanan) serta tetamu kenamaan yang lain di Sibu.
Faiz (tengah) serta para peserta peringkat akhir Dataran Superstar 2022 merakam kenangan bersama Syamsul (empat kiri), Andenson (enam kiri), Ajai (enam kanan), Bob (empat kanan) serta tetamu kenamaan yang lain di Sibu.

SIBU: Awang Faiz Ashraf telah dinobatkan sebagai juara Dataran Superstar setelah mengalahkan 11 peserta akhir yang telah berlangsung di Dataran Cafe di sini malam tadi.

Faiz, 22, yang bertugas di sebuah syarikat kurier di Miri berkata, beliau langsung tidak menyangka akan diumumkan sebagai juara.

Selain dinobatkan sebagai juara Dataran Superstar, Faiz juga menggondol kedua-dua kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. 

"Syukur Alhamdulillah, inilah rezeki daripada Allah Taala dan berkat doa keluarga serta usaha yang bersungguh-sungguh," katanya kepada media selepas menerima hadiah tersebut. 

Selaku juara, Faiz membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala. 

Naib johan jatuh kepada Muhamad Harris Mukhriz yang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan piala. 

Shazrul Ikmal pula telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala. 

Di samping itu, para pemenang sagu hati pula membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan plak setiap seorang. 

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas yang merupakan penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album terkenal di Malaysia. 

Ajai, Bob Yusof serta juri yang lain telah mengetuai barisan juri profesional bagi Dataran Superstar 2022. 

Bob Yusof yang merupakan bintang kelahiran program Akademi Fantasia 2 (AF2) bukan sahaja memiliki suara yang merdu malah berbakat besar dalam dunia lakonan suatu masa dahulu.

Sebanyak 12 peserta akhir telah berentap pada peringkat akhir Dataran Superstar 2022. 

Dataran Superstar 2022 adalah anjuran D Superstar Production Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS) dan ditaja JV Smart Vending Sdn Bhd serta Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd. 

Pengerusi Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd Mejar (Kehormat) Alexander Kadir Dato, Pengarah Urusan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd Andenson Dato dan Pengarah Urusan D Superstar Production Sdn Bhd Dato' Syamsul Azam Mohamad Julaihi turut hadir. 

Terdahulu, 12 peserta terbaik telah dipilih daripada 20 peserta separuh akhir untuk berentap di peringkat akhir Dataran Superstar. 

Advertisement