Anda di sini

Remaja ditemui mati di tapak pencawang telekomunikasi

Advertisement
Lokasi mayat mangsa ditemui iaitu di tapak pencawang telekomunikasi di Kampung Senanggeh di Sadong Jaya.
Lokasi mayat mangsa ditemui iaitu di tapak pencawang telekomunikasi di Kampung Senanggeh di Sadong Jaya.

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui mati berhampiran tapak pencawang telekomunikasi di Kampung Senanggeh di Sadong Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Brodie Brangka berkata, polis dari Balai Polis Asajaya menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki maut berhampiran tapak pencawang telekomunikasi di Kampung Senanggeh.

“Siasatan awal mendapati remaja itu terbaring di tepi pagar pencawang dan didapati cuba memotong wayar di kawasan tapak tersebut.

“Semakan ke atas remaja itu mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau bagi kesalahan pecah rumah, curi dan dadah,” kata Brodie dalam satu kenyataan semalam.

Mayat remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

“Tiada unsur jenayah di kawasan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Advertisement