Anda di sini

Hujan tidak patahkan semangat pengunjung meriahkan Festival Sunbear 2022

Advertisement
 Orang ramai berhimpun di Sunbear Stage SCV untuk menyaksikan persembahan walaupun hujan. - Gambar Roystein Emmor
TUMPUAN: Orang ramai berhimpun di Sunbear Stage SCV untuk menyaksikan persembahan walaupun hujan. - Gambar Roystein Emmor

SANTUBONG: Hujan lebat yang berhenti seketika sebelum bersambung semula dan berterusan sehingga lewat tengah malam Jumaat tidak memudarkan semangat pengunjung untuk memeriahkan Festival Muzik dan Seni Sunbear 2022 di sini.

Menurut sumber sekretariat festival itu, dianggarkan hampir 3,000 pengunjung membanjiri pekarangan Sunbear Stage di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di sini untuk menyaksikan 12 persembahan yang ditampilkan.

Pada masa sama, persembahan kumpulan muzik pada hari terakhir festival berkenaan hari ini di Pink Stage dan Sunbear Stage juga dijangka menarik lebih daripada 3,000 pengunjung.

 Orang ramai berhimpun di Sunbear Stage SCV untuk menyaksikan persembahan walaupun hujan. - Gambar Roystein Emmor
TUMPUAN: Orang ramai berhimpun di Sunbear Stage SCV untuk menyaksikan persembahan walaupun hujan. - Gambar Roystein Emmor

Pengunjung rata-rata belia tempatan dan warga asing yang meminati kumpulan muzik bergenre pop, rock, balada dan indie.

Paling menarik pada persembahan malam Jumaat ialah kemunculan kumpulan pop-punk Malaysia, Bunkface pada jam 11.15 malam yang ternyata memukau para pengunjung dengan lagu-lagu popular mereka.

Hadirin turut dihiburkan dengan kumpulan muzik lain, antaranya One Buck Short, Midnight Fusic, penyanyi Indonesia, Danilla; penyanyi indie Malaysia, Luna Dira; dan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Annale.

Muzik tradisional tempatan pula seperti Pinanak Sentah, kumpulan punk rock Roses Are Black, kumpulan alt-rock Polar, kumpulan rock matematik Sovth China Sea dan penyanyi/novelis Claudia Tan.

 Danilla beraksi memukau para pengunjung. - Gambar Roystein Emmor
SETIA: Hadirin sanggup berpayung sampai lewat malam untuk menonton persembahan pelbagai kumpulan pemuzik di Festival Muzik dan Seni Sunbear 2022.

Hari kedua festival hari ini, akan menampilkan lebih banyak aksi, antaranya Thai Phum Vuphirit, FUR yang berpangkalan di Brighton, penyanyi rap Indonesia Ramengvrl dan band indie Indonesia Reality Club.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang turut hadir menyerikan festival di pentas kenamaan.

 Danilla beraksi memukau para pengunjung. - Gambar Roystein Emmor
MANTAP: Danilla beraksi memukau para pengunjung. - Gambar Roystein Emmor

Untuk maklumat lanjut mengenai festival dan jadual program, ikuti Festival Sunbear di Facebook dan Instagram, hubungi +6016-5768797 atau e-mel [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

 Bunkface menggamatkan suasana menerusi persembahan terakhir pada malam pertama Festival Sunbear 2022.
HEBAT: Bunkface menggamatkan suasana menerusi persembahan terakhir pada malam pertama Festival Sunbear 2022.

The Borneo Post dan Utusan Borneo adalah Rakan Media Rasmi Sarawak Festival Sunbear 2022.
 

  • oleh
  • Advertisement