Anda di sini

YBR, UKM menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik

Advertisement
Syaiful (lima kanan) dan yang lain merakam gambar bersama peserta Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik Bagi Pelajar B40 di Sarawak bermula 5 hingga 26 Disember ini di Sebuyau.
Syaiful (lima kanan) dan yang lain merakam gambar bersama peserta Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik Bagi Pelajar B40 di Sarawak bermula 5 hingga 26 Disember ini di Sebuyau.

SEBUYAU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik Bagi Pelajar B40 di Sarawak bermula 5 hingga 26 Disember ini. 

Objektif program yang melibatkan tiga sesi ini adalah untuk membantu pelajar membina pemikiran logik dan sistematik dalam merancang dan melaksanakan program. 

Program ini juga direka untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar melalui pra dan pasca intervensi melalui penggunaan pemprograman robotik. 

Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, dalam memacu negara ke arah modenisasi, bidang inovasi harus diberi pendedahan yang berterusan demi kelangsungan tenaga mahir yang merupakan aset kepada sesebuah negara maju. 

Diharapkan program ini memberi impak yang tinggi kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar luar bandar dan kalangan B40 mendapatkan pengalaman, menggunakan pengetahuan mengenai robotik dengan teknologi semasa. 

Selain itu program ini diharap dapat membuka minda pelajar mengenai kepentingan dan mengembangkan minat dalam pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), katanya di Dewan Masyarakat Sebuyau semalam. 

Dalam pada itu program berkenaan turut melibatkan 22 guru serta tiga fasilitator UKM yang membantu setiap peserta memahami, kreativiti, bekerjasama dan melatih pelajar untuk sentiasa berfikiran kritikal dalam membuat sesuatu keputusan. 

Majlis Pelancaran Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik Bagi Pelajar B40 di Sarawak itu telah dirasmikan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh. 

Hadir sama Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebuyau Hasan Jamil dan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem UKM merangkap Pengurus Program Prof Madya Dr Nazrul Anuar Nayan. 
 

Advertisement