Anda di sini

Surirumah rugi RM508,500 diperdaya 'Love Scam'

Advertisement
ZAIDI
ZAIDI

KOTA KINABALU: Seorang surirumah mengalami kerugian RM508,500 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui media sosial.

Menurut sumber mangsa berumur 47 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook pada awal Julai lalu.

“Pada peringkat awal perkenalan, mereka hanya berinteraksi dalam Facebook sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp sehingga menjadi kawan rapat.

“Lelaki terbabit kemudiannya meminta wang daripada mangsa dengan alasan perlu ke Malaysia bagi mengurus tuntutan waris mendiang bapanya.

“Suspek juga berjanji akan memulangkan wang yang dipinjamnya dua kali ganda,” katanya.

Beliau berkata disebabkan percaya dengan suspek, mangsa mengirimkan wang secara berperingkat ke sebuah akaun milik seorang wanita dengan jumlah keseluruhan RM508,500.

“Mangsa berasa tertipu apabila lelaki terbabit tidak memulangkan wang yang dipinjam malah masih meminta wang.

“Menyedari ditipu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kes-kes penipuan scammer yang sudah banyak diwar-warkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain pihak serta laporan di media arus perdana," katanya.

  • oleh
  • Advertisement