Anda di sini

Kejohanan boling korporat KPJ terap gaya hidup sihat bersama pelanggan

Advertisement
 Faizal merakamkan gambar kenangan bersama pelanggan korporat yang hadir semasa kejohanan boling KPJ.
KENANGAN: Faizal merakamkan gambar kenangan bersama pelanggan korporat yang hadir semasa kejohanan boling KPJ.

KOTA KINABALU: Kejohanan boling korporat sulung yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Sabah menerapkan gaya hidup sihat kepada pelanggan korporatnya.

Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah Mohamad Faizal Mohamed berkata kejohanan yang diadakan di Sutera Harbour Marina Club baru-baru ini adalah kali pertama diadakan.

“Kejohanan ini adalah salah satu peluang untuk KPJ Sabah mengadakan jalinan mesra dengan pelanggan korporat selain menerapkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan seperti boling,” katanya.

Kejohanan boling itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan korporat iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sabah Ports Sdn Bhd, Sabah Credit Corporation, Sutera Harbour Group Resort, Sabah Oil and Gas Development Corporations, Lembaga Pelancongan Sabah, PERKESO, Etiqa Insurance, Great Eastern Life, Kumpulan AIA, Klinik Penjagaan Keluarga dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Johan disandang pasukan Lembaga Pelancongan Sabah yang memperoleh 1289 pin dan menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi.  

Naib Johan dimenangi SESB dengan 1199 pin dan mengumpul hadiah wang RM1,000 dan trofi diikuti BSN dengan 1077 pin dan hadiah RM500 berserta trofi.

Penjaring terbanyak bagi kategori lelaki disandang Yahya dengan markah 387 pin dan mengumpul hadiah wang berjumlah RM500 dan trofi.  

Christlie dari Sabah Credit Corporation memenangi penjaring terbanyak bagi kategori wanita dengan markah 290 pin dan mengumpul hadiah wang RM500 berserta trofi.  

Kesemua peserta kejohanan membawa pulang sijil penyertaan daripada KPJ Sabah.

Faizal berkata kejohanan boling korporat ini secara keseluruhannya berlangsung dengan cemerlang.  

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan korporat dengan penyertaan ini serta usaha jawatankuasa penganjur yang melaksanakan tugas dengan baik.

“KPJ Sabah berharap untuk menganjurkan kejohanan boling korporat pada masa akan datang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement