Anda di sini

Pemaju swasta digalak sedia lebih banyak rumah SPEKTRA

Advertisement
Tan Kai (tiga kanan) memotong reben bersama Augustine (dua kanan), Sim (lima kiri) dan Louis (tiga kiri) dan ahli SHEDA yang lain pada Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching 2022 di AEON Mall Kuching.
Tan Kai (tiga kanan) memotong reben bersama Augustine (dua kanan), Sim (lima kiri) dan Louis (tiga kiri) dan ahli SHEDA yang lain pada Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching 2022 di AEON Mall Kuching.

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengajak lebih ramai pemaju hartanah sektor swasta untuk menjalankan kerjasama bagi menyediakan lebih banyak kediaman pertama dalam kategori SPEKTRA Lite, SPEKTRA Medium dan SPEKTRA Plus.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Tan Kai berkata, kediaman SPEKTRA Lite adalah yang paling murah dijual pada harga antara RM100,000 dan RM120,000.

"Keluasannya ialah 700 kaki persegi. Syaratnya ialah pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM4,000. 

"Yang kedua ialah SPEKTRA Medium dengan julat harga dari RM135,000 hingga RM168,000 bagi  keluasan 755 kaki persegi. 

"Untuk yang ini, pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 dan SPEKTRA Plus. Julat harga adalah dari RM150,000 sehingga RM198,000 dengan saiz 833 kaki persegi. Dan pendapatan isi rumah mestilah tidak kurang daripada RM6,000," ujarnya pada sidang media dan perasmian Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching 2022 yang sedang berlangsung hingga 4 Disember ini di AEON Mall Kuching.

Justeru ujarnya, adalah digalakkan pihak pemaju swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat.

Pada masa sama, ia dilihat sebagai usaha murni bagi membantu rakyat Sarawak yang berpendapatan sederhana rendah untuk memiliki kediaman.

Beliau turut menggalakkan pembeli kediaman pertama untuk menyemak lokasi dan maklumat berkaitan di laman web Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebelum membuat pembelian.

Tan Kai turut menyatakan rumah mampu milik setakat ini masih belum mencukupi dan permintaannya juga kian meningkat saban tahun.

Turut hadir ialah Naib Presiden SHEDA Sarawak yang juga Pengerusi SHEDA Cawangan Kuching Dato Sim Kiang Chiok, Presiden SHEDA Sarawak Augustine Wong, Timbalan Presiden SHEDA Sarawak Louis Ting dan Pengerusi Penganjur Jerayawara Rumah dan Hartanah 2022 Alan Wong.
 

  • oleh
  • Advertisement