Anda di sini

Jemaah Menteri diumum lewat petang ini: Anwar

Advertisement
 

IPOH: Barisan Kabinet akan diumumkan lewat petang ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata senarai penuh barisan Kabinet telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan.

“Pilihan kita terbatas kerana seperti saya umum sebelum ini, kita tidak mahu terlalu ramai menteri atau duta bertaraf menteri supaya perbelanjaan dapat dikurangkan.

“Saya mohon mereka (Jemaah Menteri) ini kekal berkhidmat agar kita dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada ekonomi,” kata Ahli Parlimen Tambun itu ketika berucap pada majlis kenduri rakyat diadakan bersebelahan Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, di sini hari ini.

Anwar berkata barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas pada Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu. -BERNAMA
 

Advertisement