Anda di sini

Industri minyak sawit dijangka hadapi cabaran

Advertisement
 Hajiji menerima cenderamata daripada Mohd Daud sambil diperhatikan Ghulamhaidar selepas pelancaran logo.
CENDERA KENANGAN: Hajiji menerima cenderamata daripada Mohd Daud sambil diperhatikan Ghulamhaidar selepas pelancaran logo.
 Hajiji melancarkan logo sambutan Ulang Tahun ke-50 Sabah Softwoods Berhad.
LANCAR: Hajiji melancarkan logo sambutan Ulang Tahun ke-50 Sabah Softwoods Berhad.

KOTA KINABALU: Industri minyak sawit sedang menghadapi krisis disebabkan peningkatan kos buruh, baja dan operasi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata situasi ini turut disebabkan keadaan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang tidak menentu dan sukar dikawal industri terbabit. 

“Harga MSM kini dalam jajaran RM3,500 per tan metrik kepada RM4,000 tan metrik yang bakal menyebabkan kekurangan hasil untuk Sabah berbanding awal tahun ini.

“Oleh itu penting untuk Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri sawit  menjalankan pemantauan lebih teliti terhadap kawalan kos operasi dan produktiviti pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad ke-137 di Menara Kinabalu di sini.

Hajiji yang juga Pengerusi Sabah Softwoods Berhad bagaimanapun berkata Sabah Softwoods Berhad merekodkan prestasi baik dalam tempoh dua suku pertama tahun ini.

“Saya berbangga apabila dimaklumkan akaun syarikat Sabah Softwoods menunjukkan peningkatan hasil disebabkan harga MSM yang baik meskipun pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan MSM tidak mencapai sasaran yang kehendaki.

“Diharapkan lembaga pengarah dan pasukan pengurusan mencari jalan dan kaedah untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh dan kekangan logistik yang menghalang pengeluaran BTS,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri optimis Sabah Softwoods berjaya merekodkan hasil dan keuntungan lebih tinggi tahun ini mampu membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham disamping memberi lebih banyak faedah dan manfaat kepada pekerja dari segi pembayaran gaji dan bonus.

Tambahnya lembaga pengarah dan pasukan pengurusan disaran untuk bertekad mencapai prestasi lebih baik untuk maju kehadapan dan menggunakan segala sumber agar lebih proaktif dan produktif.

Terdahulu Hajiji melancarkan logo Ulang Tahun Ke-50 Sabah Softwoods Berhad.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Datuk Mohd Daud Tampokong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.

  • oleh
  • Advertisement