Anda di sini

Bantuan pendidikan golongan kurang mampu di DUN Tellian tahun depan

Advertisement
Royston (duduk, tengah) merakamkan kenangan bersama semua penerima MRP dan dana UNIFOR pada majlis tersebut.
Royston (duduk, tengah) merakamkan kenangan bersama semua penerima MRP dan dana UNIFOR pada majlis tersebut.

MUKAH: Bantuan pendidikan untuk golongan kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian akan diimplimentasikan bermula tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian dan secara manual.

"Pada tahun hadapan, kita pastikan hanya golongan layak dan benar-benar memerlukan mendapat bantuan pendidikan," katanya pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini hari ini.

Menurutnya, ini bermaksud proses tapisan akan menentukan kelayakan seseorang pelajar untuk mendapat bantuan tersebut.

Royston memberitahu tidak seperti sebelum ini, ada kemungkinan golongan mampu turut mendapat bantuan pendidikan.

"Bantuan pendidikan bukanlah satu bentuk bantuan secara keseluruhan, namun hanya bagi bayaran tertentu.

"Kebiasaannya, seperti pelajar tidak berkemampuan yang dapat memasuki universiti, bantuan pendidikan digunakan untuk membeli tiket pergi dan yuran pendahuluan sahaja," jelasnya.

Royston berkata, setelah itu mereka mungkin dibantu dengan pinjaman atau biasiswa lain.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan MRP kepada 26 penerima di DUN Tellian berjumlah RM466,000.

Royston juga menyampaikan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada dua pihak iaitu dana pembangunan Gereja BEM Kelompok Elim, Mukah  berjumlah RM300,000 dan Gereja Baptist Mukah (RM50,000).

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip dan Ketua Masyarakat Mukah Pemanca Jali Kawi.
 

  • oleh
  • Advertisement