Anda di sini

160 batang balak haram dirampas di perairan Pulau Dudong 

Advertisement
Longgokan kayu balak haram diikat menjadi rakit di tebing sungai perairan Pulau Dudong, Sibu.
Longgokan kayu balak haram diikat menjadi rakit di tebing sungai perairan Pulau Dudong, Sibu.

SIBU: Sebanyak 160 batang kayu balak haram berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu di perairan Pulau Dudong dekat sini pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan Ops Pensura menggunakan Bot Ronda PGR 8 menemui satu longgokan kayu balak yang diikat menjadi rakit di lokasi kejadian jam 9 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati longgokan kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu didapati tiada tanda tukul Jabatan Jutan Sarawak (JH)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kayu balak terbabit dipercayai diperolehi secara haram membabitkan keseluruhan rampasan bernilai RM408,000.

Zulkipli berkata, semua barang rampasan itu diserahkan kepada Pegawai Hutan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Ordinan Hutan 2015," katanya.
 

Advertisement