Anda di sini

10 pegawai, 70 anggota LLP 9 Briged jayakan 'English Day Competition' 

Advertisement
Anuar (tengah) merakamkan kenangan bersama para peserta pertandingan tersebut.
Anuar (tengah) merakamkan kenangan bersama para peserta pertandingan tersebut.

SIBU: Seramai 10 pegawai dan 70 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) hadir menjayakan pertandingan 'English Day Competition' diadakan di Dewan Rascom di sini, baru-baru ini.

Setiap pasukan di bawah naungan 9 Briged dikehendaki membuat lakonan ataupun nyanyian dalam Bahasa Inggeris bertemakan 'Military Life.'

Ia bertujuan mencungkil bakat, minat serta keyakinan warga 'Tetap Unggul' bagi membiasakan penggunaan Bahasa Inggeris sama ada dalam kerja harian ataupun berkomunikasi. 

'English Day Competition' dinilai serta diadili dua juri iaitu guru dari SK Batu 10, Kem Rascom berdasarkan kreativiti dan estetika serta pakaian dipersembahkan peserta dengan masa tidak melebihi lima minit. 

Pertandingan yang julung kali diadakan itu dimenangi oleh kumpulan pasukan 9 KOD, manakala tempat kedua 9 Workshop Briged dan tempat ketiga 9 Kompeni KPD. 

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ketua Staf Markas 9 Briged Leftenan Kolonel Anuar Ahmad. 

Walaupun tempoh persiapan pertandingan diberikan sangat terhad, namun semua peserta menunjukkan persembahan yang sangat mengagumkan serta menghiburkan hadirin. 

Program ini mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang berharap ia dapat diteruskan masa akan datang.

Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Pemerintah pasukan bawah naungan 9 Briged.

Pelaksanaan program ini selari dengan 'Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat' Ke-28 iaitu memperkasa keutuhan organisasi memfokuskan kepada memantapkan kompetensi dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bidang ketenteraan serta profesional.
 

  • oleh
  • Advertisement