Anda di sini

Yuran keahlian STU akan dinaikkan dari RM5 kepada RM10

Advertisement

SARATOK:  Yuran keahlian Sarawak Teachers Union (STU) akan dinaikkan dari RM5 kepada RM10, kata Presiden STU, Kullin Djayang.

Katanya, setelah 22 tahun yuran tersebut tidak pernah dinaikkan dan kini hasil persetujuan semua ahli STU pada Sidang Perwakilan Dwi Tahunan STU (BDC) pada bulan September yang lepas, kenaikan yuran tersebut perlu dilakukan untuk manfaat bersama.

"Kenaikan yuran STU hanya pernah dilakukan sekali iaitu pada tahun 2000 iaitu daripadaRM2 kepada rm5, oleh itu pada tahun ini STU telah melancarkan kempen menaikan yuran keahlian daripada RM5 kepada RM10 beserta dengan pelbagai pakej yang banyak memberi manfaat kepada semua ahli termasuklah tawaran insurans kemalangan mencecah RM100,000 untuk semua ahli yang layak.

"Selama ini STU hanya mampu menyediakan khairat kematian kepada semua ahli dan jika ahli tidak membeli sebarang insurans, maka kita amat rasa sedih kerana tiada pampasan untuk keluarga ahli, terutamanya yang terlibat kemalangan. 

"Dengan adanya pakej ini dalam kenaikan yuran ahli, maka semua keluarga ahli STU akan mendapat pampasan yang sewajarnya," kata Kullin dalam kenyataan kepada media, semalam.

Usaha ini juga, kata Kullin adalah merupakan langkah STU dalam memantapkan peranan dan keupayaan kesatuan dalam usaha meningkatkan kebajikan terhadap para ahli. 

Tambahnya, berbagai isentif yang baik ditawarkan di samping perjuangan lain dalam bidang keguruan. 

"STU sentiasa mengutamakan kebajikan ahli dengan memperkenalkan skim insurans yang sangat berbaloi untuk dibeli serta jauh lebih murah daripada insurans yang ada diluar sana dengan kemudahan yang sangat baik untuk ahli. 

"Perkhidmatan berkaitan tuntutan urusan insurans ahli juga sentiasa akan diambil berat serta dipandang serius.

"Selain menyediakan skim Insurans kepada semua ahli, STU juga telah meningkatkan beberapa faedah lain kepada semua ahli seperti hadiah persaraan yang telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM1000 tertaluk kepada tempoh menjadi ahli dan tempoh perkhidmatan dalam pendidikan," kata Kullin.

Di samping itu juga, katanya, semua keluarga ahli STU dan pasangan juga ibu bapa serta anak turut mendapat manfaat khairat kematian yang telah disediakan mengikut jumlah pampasan yang telah disediakan oleh STU.

Menurut Kullin, STU juga telah menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada semua bahagian untuk menabung bagi memiliki bangunan dan pejabat sendiri di bahagian masing-masing.

"STU juga menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk aktiviti latihan dan aktiviti kebajikan ahli seperti hadiah insentif kepada ahli dan anak ahli yang memperoleh pencapaian yang terbaik dalam pelbagai bidang.

"STU sentiasa memandang ke hadapan berkaitan isu kebajikan para ahli. Setiap perkara yang berkaitan tugas, skim perkhidmatan dan kemudahan akan sentiasa diberi perhatian yang serious.

"Justeru, STU tidak akan berhenti dan mengalah selagi isu isu penting belum diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab dan perjuangan demi kebajikan semua ahli sentiasa dilihat sebagai keutamaan dan kerjasama daripada semua ahli amat dihargai," ujar Kullin lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement