Anda di sini

Wartawan Colombia dibunuh lelaki bersenjata bermotosikal

Advertisement
 

BOGOTA: Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal telah menembak mati seorang wartawan Colombia, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Pejabat pendakwa raya menciap di  Twitter bahawa ia telah dimaklumkan mengenai kematian wartawan dan pemimpin sosial Wilder Alfredo Cordoba di pekan barat daya La Union.

Datuk bandar La Union Fabian Echeverria memberitahu AFP bahawa lelaki bersenjata yang menunggang motosikal telah menembak Cordoba, yang berusia lingkungan 40-an, sebanyak tiga kali ketika dia melawat sebuah kawasan luar bandar pada tengah hari Isnin.

Cordoba merupakan pengarah bagi sebuah rangkaian televisyen tempatan yang sering menyiarkan maklumat yang mengkritik kerajaan tempatan dan mengenai keadaan tidak selamat di wilayah itu menerusi laman Facebooknya,” kata Yayasan bagi Kebebasan Media Colombia (FLIP) di Twitter.

Pertubuhan itu menggesa pihak berkuasa agar melihat kepada kerja-kerja kewartawanan Cordoba untuk kaitan dengan pembunuhannya.

Echeverria telah menawarkan ganjaran berjumlah AS$4,000 bagi maklumat yang membawa kepada pengenalpastian dan penangkapan mereka yang bertanggungjawab.

Pejabat pendakwa raya berkata penyiasat telah dikerahkan ke tempat kejadian jenayah.

Menurut FLIP, keganasan terhadap wartawan di negara itu telah meningkat, dengan hampir 770 mangsa yang terkorban dalam pelbagai keganasan pada 2021.

Institut Akhbar Antarabangsa menyatakan ia terkejut dan sangat sedih dengan pembunuhan wartawan yang keempat di Colombia sejak Ogos.

Pada Oktober, seorang wartawan dibunuh dengan cara yang sama oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal di perbandaran utara Montelibano. — AFP
    
 

Advertisement