Anda di sini

Termometer pecah di SMK St.John Beaufort

Advertisement
 Pasukan Bomba menjalankan operasi membersihkan tumpahan merkuri.
BERSIH: Pasukan Bomba menjalankan operasi membersihkan tumpahan merkuri.

BEAUFORT: Pasukan Bomba mengambil masa hampir setengah jam membersihkan tumpahan cecair merkuri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St.John Beaufort di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.03 tengah hari sebelum menggegaskan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort ke lokasi.

“Cecair berbahaya itu tumpah di lantai bilik makmal sekolah selepas termometer yang digunakan pelajar terjatuh dan pecah semasa sesi pembelajaran dijalankan.

"Pasukan bomba membersihkan tumpahan cecair merkuri itu menggunakan pasir dan cecair peluntur clorox sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas untuk tindakan pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar atau guru semasa kejadian dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.38 tengah hari.

  • oleh
  • Advertisement