Anda di sini

Surau Al Muqarrabin Kampung Nauran juara kejohanan badminton daerah

Advertisement
Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri) dan Abdul Rahim bergambar bersama pasukan juara.
Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri) dan Abdul Rahim bergambar bersama pasukan juara.

LIMBANG: Pasukan dari Surau Al Muqarrabin Kampung Nauran muncul sebagai juara Kejohanan Badminton Berpasukan Masjid dan Surau Daerah Limbang Tahun  2022 yang berlangsung meriah di Dewan Serba Guna Kampung Pabahanan baru-baru ini.

Pada kejohanan itu, pasukan Surau Ar-Raudhah Taman Desa Pebahanan menggondol naib juara manakala pasukan Surau Setia Muafakat Kampung Buangsiol dan Surau Itqan RPR Rangau berkongsi tempat ketiga.

Kejohanan edisi kelima ini dianjurkan Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang dan disertai sebanyak 23 pasukan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail hadir sebagai tetamu kehormat program itu sekali gus menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang berupa wang tunai, piala dan pingat.

Turut hadir Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely, Penghulu Sahat Bagol dan Ketua Kampung Latip Sabli.

Kejohanan itu diadakan untuk mengeratkan ukhuwah ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau serta ahli kariah, sekali gus menerapkan gaya hidup sihat.
 

  • oleh
  • Advertisement