Anda di sini

redONE bawa kembali Demam Bola redONE sehingga 31 Disember ini 

Advertisement
redONE sedang meraikan pertandingan bola sepak paling berprestij dan dinanti-nantikan di dunia bersama pelanggannya dengan membawa pulang demam bola sepak dalam kempen Demam Bola redONE mulai sekarang hingga 31 Disember 2022.
redONE sedang meraikan pertandingan bola sepak paling berprestij dan dinanti-nantikan di dunia bersama pelanggannya dengan membawa pulang demam bola sepak dalam kempen Demam Bola redONE mulai sekarang hingga 31 Disember 2022.

KUCHING: redONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, sedang meraikan pertandingan bola sepak paling berprestij dan dinanti-nantikan di dunia bersama pelanggannya dengan membawa pulang demam bola sepak dalam kempen Demam Bola redONE mulai sekarang hingga 31 Disember 2022. 

Dalam promosi ini, pelanggan yang mendaftar untuk pelan redONE Postpaid terpilih akan menerima Baucar Al-Ikhsan RM50 dan peluang memenangi jersi pemain bola sepak rasmi Piala Dunia Qatar.
 
Promosi eksklusif dalam talian ini menyasarkan komuniti bola sepak tetapi juga mengalu-alukan semua pengguna di Malaysia. 

Mereka yang mendaftar untuk pelan data dan panggilan tanpa had redONE Postpaid Hybrid50 pada harga RM50 sebulan atau redONE Postpaid Amazing38, dengan 50GB data dan panggilan tanpa had pada harga RM38 sebulan, secara automatik akan layak mendapat baucar Al-Ikhsan RM50. 

Mereka juga berpeluang memenangi jersi rasmi pemain bola sepak Piala Dunia Qatar dalam cabutan bertuah Demam Bola redONE.
 
"Kami melancarkan kempen Demam Bola redONE pada musim bola sepak ini untuk mengujakan pasaran kerana terdapat berjuta-juta peminat bola sepak di negara ini. 

"Saya pasti pelan pascabayar mampu milik kami dengan hadiah percuma yang begitu menarik pasti akan menarik pelanggan dan menambahkan lagi demam bola sepak yang berlaku hanya sekali dalam tempoh empat tahun," kata Ketua Pegawai Eksekutif redONE Farid Yunus.
 
redONE berharap dapat menggunakan promosi ini untuk membawa lebih banyak kegembiraan kepada rakyat dari semua lapisan masyarakat dan ia juga menyokong pelbagai sukan di Malaysia dari segi kewangan termasuk penajaan Kelab Bola Sepak Sabah, Kelab Bola Sepak PDRM dan Kelab Bola Sepak Imigresen yang berada di Liga Super, Liga Perdana dan Liga M3 masing-masing musim ini. 

Pelan redONE Postpaid Hybrid50 dan Amazing38 boleh didaftarkan secara dalam talian di redONE.com.my

Advertisement