Anda di sini

Mexico tersingkir Piala Dunia meski menang 2-1 ke atas Arab Saudi

Advertisement
 

ISTANBUL: Mexico tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang 2-1 ke atas Arab Saudi dalam Kumpulan C pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Di sebalik beberapa usaha yang dilakukan, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama di Stadium Lusail.

Mexico memecah kebuntuan, menerusi Henry Martin yang melakukan jaringan dari jarak dekat pada minit ke-48.

Selepas lima minit, Luis Chavez melakukan sepakan percuma jarak jauh yang menakjubkan dan menewaskan penjaga gol Mohammed Alowais.

Pada minit ke-56, Hirving Lozano menjadikan kedudukan 3-0, tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Sementara itu, pemain Arab Saudi Salem Aldawsari berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan dan perlawanan berakhir 2-1.

Dengan keputusan ini, Argentina berada di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata, Poland dan Mexico masing-masing mengumpul empat mata dan Arab Saudi di tangga terbawah kumpulan dengan tiga mata.

Poland menduduki tempat kedua dan berjaya mara ke peringkat seterusnya, mengetepikan Mexico dengan perbezaan gol. - Bernama 

Advertisement