Anda di sini

Kerajaan negeri sumbang RM100,000 untuk KPA 2022

Advertisement
 Hajiji (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada Muguntan (tengah) untuk penganjuran KPA 2022. Turut kelihatan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kiri) dan AJK SJA Durie Rainer Fong (dua kanan), Nazllie Zainul (kanan).
SUMBANGAN: Hajiji (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada Muguntan (tengah) untuk penganjuran KPA 2022. Turut kelihatan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kiri) dan AJK SJA Durie Rainer Fong (dua kanan), Nazllie Zainul (kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri terus memberikan sokongan kepada pengamal media di negeri ini dengan memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2022.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang diketuai Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar sebagai penganjur KPA 2022 di sini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri menghargai sumbangan media di Sabah dalam membantu menyebarluaskan rancangan pembangunan khususnya di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau turut menggesa media arus perdana agar menyediakan berita yang tepat dan berfakta berikutan banyak berita palsu dikongsikan melalui media sosial.

Sementara itu, Muguntan berkata, KPA 2022 adalah acara tahunan yang dianjurkan bersama kerajaan negeri bagi mengiktiraf hasil kerja pengamal media di Sabah dan Labuan melibatkan media cetak, dalam talian dan penyiaran.

Katanya, tahun ini sebanyak 270 penyertaan diterima bagi 23 kategori termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

“SJA mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas sokongan berterusan dan komitmen kerajaan negeri dalam menjayakan KPA tahun ini,” katanya.

Hajiji dijangka menghadiri majlis KPA 2022 sebagai tetamu kehormat yang akan diadakan pada 18 Disember ini.
 

  • oleh
  • Advertisement