Anda di sini

Anwar wajar lantik Nanta sebagai Timbalan Perdana Menteri

Advertisement
Gambar fail
Gambar fail

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya melantik Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kabinetnya untuk menunjukkan beliau mengambil berat tentang penduduk luar bandar.

Ahli Majlis Daerah Kanowit (KDC) John Agong berkata Nanta juga perlu dilantik sebagai menteri yang menjaga pembangunan luar bandar.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen Kapit yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, Nanta mengetahui aspirasi dan keperluan penduduk luar bandar.

“Jika beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri, beliau akan mempunyai lebih kuasa untuk melakukan lebih banyak lagi bagi memenuhi aspirasi dan keperluan penduduk luar bandar seperti kita.

“Selama ini jawatan itu disandang oleh rakyat Malaysia dari Semenanjung dan mereka hanya datang sekali sekala ke Sarawak.

"Saya percaya jika Nanta diberi jawatan itu, dia akan tetap turun padang untuk bertemu orang ramai seperti selalu dilakukan sebelum ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga berpendapat adalah wajar jika Nanta dilantik sebagai timbalan perdana menteri mewakili masyarakat Dayak memandangkan kedua-dua Ketua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili masyarakat Melayu/Melanau .

“Jadi ia adalah bahagian yang adil dalam pentadbiran negara untuk masyarakat Dayak,” tegasnya.

John juga mahu kerajaan baharu memberi perhatian khusus kepada penduduk luar bandar seperti di kawasan penempatan semula Nanga Jagau di Kanowit yang masih memerlukan perhubungan jalan raya yang baik dan pembangunan sosioekonomi.

Beliau berkata seperti kebanyakan kawasan luar bandar di negeri ini, Nanga Jagau juga menghadapi penghijrahan generasi muda dari luar bandar ke bandar.

“Penempatan semula itu dibentuk di bawah Perintah Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) ketika kemuncak ancaman pengganas komunis 50 tahun lalu.

“Selepas Rascom dibubarkan pada 1995, kami dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti ekonomi menyebabkan ramai peneroka berpindah ke pekan utama untuk mencari pekerjaan dan peluang yang lebih baik,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement