Anda di sini

168 kes baharu COVID-19 Sabah

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peningkatan 43 kes berbanding hari sebelumnya menjadikan 168 kes baharu COVID-19 di negeri ini semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah itu sejajar dengan peningkatan tinggi terhadap kadar positif di Sabah.

Katanya hanya 6.41 peratus kadar yang dicatatkan hari sebelum ini berbanding 10.31 peratus semalam dengan 1,630 jumlah keseluruhan sampel ujian.

“Lima daerah merekodkan jangkitan dua angka iaitu Kota Kinabalu 46 kes, Sandakan 18 kes, Tuaran 16 kes, Papar 14 kes dan Putatan 10 kes.

“Dalam tempoh sama, lapan daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya.

Beliau berkata daripada 168 kes yang direkodkan itu, 166 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala dua kes dalam Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement