Anda di sini

TABS Bandaraya B12 sertai dua kejohanan di Kuala Lumpur

Advertisement
 Lokman (tiga kanan, barisan belakang) dan Naib Pengerusi TABS, S.A Ramlye (dua kanan, barisan belakang) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan B12 TABS Bandaraya.
ALBUM: Lokman (tiga kanan, barisan belakang) dan Naib Pengerusi TABS, S.A Ramlye (dua kanan, barisan belakang) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan B12 TABS Bandaraya.



KOTA KINABALU: Pasukan TABS Bandaraya B12 akan menyertai dua kejohanan kompetitif di Kuala Lumpur berikutan kejayaan pasukan itu menjuarai Kejohanan Piala SAMORA dan Liga Suparimau 2022.


Pasukan itu akan bertanding dalam grand final Kejohanan B12 NFDP di Setia Alam Selangor pada 3-4 Disember ini dan saingan Liga Suparimau di Shah Alam pada 10-11 Disember ini.


Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, berkata penyertaan dalam kedua-dua kejohanan tersebut akan memberi pendedahan lebih luas kepada pemain-pemain dalam pasukan itu.


Katanya, kejayaan pasukan itu menjuarai dua kejohanan peringkat negeri membolehkan mereka diberi peluang untuk bertanding dalam kejohanan peringkat kebangsaan.


"Ini satu peluang sangat baik kepada pemain-pemain terbabit mendapat pendedahan melalui kejohanan di Semenanjung sekali gus memberi ruang untuk mengasahkan lagi mereka dalam bola sepak," katanya di sini, hari ini.


Menurut Lokman, pasukan itu akan berangkat ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini.


Mereka akan berada di sana dalam tempoh 10 hari.


Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan Sabah FC atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pasukan berkenaan.


Dalam perkembangan berkaitan, Lokman memberitahu, TABS Bandaraya juga dijangka menghantar dua lagi pasukan, B14 dan B16 untuk mengambil bahagian dalam saingan Liga Suparimau di Shah Alam pada 10-11 Disember ini.


Katanya, keputusan menghantar dua lagi pasukan itu akan dimuktamadkan dalam sedikit masa lagi.


"Setakat ini kita sudah mengesahkan penyertaan kepada penganjur kejohanan," ujarnya.

 

  • oleh
  • Advertisement