Anda di sini

KePKAS komited sumbang pemulihan ekonomi negeri

Advertisement
 Joniston ketika menyampaikan ucapan pengulungan Belanjawan Negeri Sabah 2023.
BAJET: Joniston ketika menyampaikan ucapan pengulungan Belanjawan Negeri Sabah 2023.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) komited menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negeri seiring dengan pertumbuhan dan pengukuhan sektor pelancongan secara global.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai berkata, pihaknya akan memastikan sasaran kerajaan di bawah portfolio kementerian dicapai.

KePKAS akan menggunakan peruntukan tahun 2023 dengan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi sektor pelancongan, kebudayaan dan melestarikan kehijauan di negeri ini.

“Belanjawan Negeri Sabah 2023 telah meluluskan peruntukan untuk KePKAS berjumlah RM134.59 Juta,” katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan Belanjawan Negeri Sabah 2023, semalam.

Menurutnya, KePKAS menzahirkan terima kasih di atas peningkatan bajet dibawah Program Pembangunan Pelancongan Luar Bandar bagi tahun 2023 iaitu sebanyak RM6 Juta.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk melaksanakan program komuniti, pembangunan produk pelancongan dan fasiliti kemudahan asas serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelancong.

“Selain itu, membantu komuniti luar bandar mendapatkan pengiktirafan dibawah ‘ASEAN Tourism Standards (Community Based Tourism and Homestay) dan mencapai ‘Sustainable Development Goals’,” katanya.

Katanya, KePKAS melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan meluaskan serta memperkasa Garis Panduan Protokol Budaya Komuniti (CCP) kepada komuniti luar bandar.

“Ia perlu bagi menggalakkan pemuliharaan budaya agar dapat diintegrasikan dengan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.

Kami juga akan meneruskan projek pemetaan budaya yang melibatkan 11 etnik di empat zon di Sabah dan secara keseluruhannya projek pemetaan ini meliputi 18 etnik,” katanya.

Sementara itu, Joniston berkata, KePKAS melalui Jabatan Perlindungan Sabah akan melakukan beberapa projek kajian termasuklah kajian semula pelan pengurusan pesisir pantai Sabah pada tahun hadapan.

KePKAS juga sentiasa bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement